Posts

Perjalanan

Image
Perjalanan yang diaturNYA bukanlah  mudah, Diselitkan sedikit rasa susah payah, Mungkin untuk mengajar supaya lebih tabah, Demi mengecap sesuatu yang lebih indah. #yunsidea

Bersabar

Image
Apabila diberi rezeki,  maka bersyukurlah. Apabila mampu memaafkan,maka maafkanlah. Apabila diuji kemarahan,maka bersabarlah

Perubahan

Image
                                                                Kehidupan kita tak akan pernah lari dari perubahan, Adakalanya perubahan itu amat penting, perubahan yang memerlukan kita menjadi insan yang lebih berjaya, perubahan yang memerlukan kita keluar dari zon selesa. Adakala perubahan itu tidak boleh dielakkan , perubahan yang menyebabkan kita terpisah dari insan yang disayangi, perubahan yang menyedarkan kita untuk lebih menghargai. Namun adakalanya juga perubahan itu tidak diperlukan, perubahan yang boleh memadamkan cahaya kehidupan, perubahan yang boleh membuka pintu-pintu kezaliman, maka, berdoalah untuk dikekalkan, “Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, kekalkan hati kami di atas agama-Mu.”

Penyatuan

Image
Kawan-kawan, Kalaulah kita bersatu kerana bangsa, Sampai bila-bila lah kita tak akan bersatu. Kalau kita bersatu kerana warna kulit, Sampai kiamat pun kita tak akan bersatu. Kawan-kawan, Bersatulah kerana agama, Kerana agama tak mengenal bangsa ataupun warna kulit.

Penghargaan

Image
Apakah kita beranggapan bahawa kita sudah cukup menghargai nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita? . Tidak sama sekali . Penghargaan yang kita berikan tidak akan pernah cukup, Sehinggalah saat nikmat itu ditarik, Pada saat itu barulah kita sedar, Erti penghargaan yang sebenar.

Pengakhiran

Image
Dunia ada satu pengakhiran. Pengakhiran yang tidak perlu dicari, Pengakhiran yang pasti ditempuhi, Walaupun jauh kita berlari, Dan pengakhiran itu adalam Mati. Pengakhiran kepada kesengsaraan adalah mati. Pengakhiran kepada kesenangan juga adalah mati. Namun, berbeza dengan dunia. Mati ada dua pengakhiran. Pengakhiran yang diberi pilihan, Pengakhiran yang berdasarkan amalan, Tersalah pilih tidak berpenghujunglah sesalan. Pengakhiran itu adalahh Syurga atau Neraka. Pilihan harus dibuat segera, sebelum mati datang, mengakhiri segalanya.